CARA NAK DUIT SIMPANAN BERTAHAN LAMA
Jika kita ni seorang yang susah nak menyimpan, seorang yang boros. Simpanan yang terbaik  adalah simpanan yang jenis paksa diri.
Simpanan paksa diri pula kena simpan dalam bentuk yang susah bocor atau susah nak ditunaikan
Semakin banyak tunai dalam akaun bank, semakin mudah kita ambil dan belanja. Bukan sahaja bila ada duit. Bahkan bila kita tahu akan dapat duit (bonus) , kita dah siap –siap fikir nak beli itu dan ini
Setiap benda yang kita nak beli, kita dah siap –siap ada alasan kukuh kenapa perlu beli. Otak kita memang pandai buat justifikasi kerana emosi kita pada duit adalah untuk belanja.
Bagi orang boros, selalunya simpanan mereka senang bocor.
Jadi simpanan yang terbaik untuk mereka adalah simpanan emas sebab emas memang susah bocor.
Ini pengalaman saya sendiri dan pengalaman penyimpan emas saya. Dulu rasa susah nak menyimpan tapi bila mula dengan simpanan emas rupa- rupanya boleh menyimpan. Simpanan mereka lekat dan pastinya bertambah tiap bulan
Dengan emas, kita tak akan jual jika setakat nak tukar sport rim atau shopping. Kita hanya akan jual atau pajak emas kita bila betul – betul perlu sahaja
Saya tak tahu orang lain macam mana, tapi bagi saya inilah cara yang berkesan untuk pastikan simpanan kita bertahan lama.
Kerana dengan tukar duit kepada simpanan emas, sebenarnya kita telah MENGHILANGKAN NOMBOR – NOMBOR dari kepala kita. Nombor – nombor itu sangat menggoda EMOSI kita untuk berbelanja.
Pesan guru saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie “walaupun kewangan itu adalah soal Matematik, tapi selalunya kita kalah dengan Emosi kita sendiri”
#TipKayaDenganEmas
August 11, 2026 77 1