FESTIVAL TURATH ISLAMI MALAYSIA (FTIM) 2026
Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) 2026 akan berlangsung pada 13 hingga 20 September 2026 di Masjid Putra Putrajaya.
Bertemakan “Hikmah Warisan Islam”, FTIM 2026 menghimpunkan 27 ulama antarabangsa dan tempatan dalam 45 sesi pengajian serta 12 acara sepanjang lapan hari.
Antara pengisian utama ialah pengajian kitab tasawuf Al-Hikam karya Ibnu Atha’illah melalui kaedah talaqqi bersama para ulama, sebagai usaha menghidupkan dan memperkukuh tradisi keilmuan Islam.
MENARIK! PESERTA BOLEH MENDAPATKAN eSIJIL PENYERTAAN SECARA PERCUMA, KHAS UNTUK SESI DAURAH.
Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan sahabat untuk mengikuti pelbagai pengisian ilmu dan aktiviti yang disediakan.
📅 13–20 SEPTEMBER 2026
📍 MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
🎟️ PENYERTAAN PERCUMA
🔗 PENDAFTARAN:
https://tinyurl.com/FTIM2026
🌐 MAKLUMAT LANJUT:
[www.festivalturathislami.my]
#FTIM2026 #HikmahWarisanIslam #FestivalTurathIslami #JAKIM #MasjidPutrajaya

September 4, 2026 157 1