#395 (18 OGOS 2026 | 09:30 PM)
[TINJAUAN KEMPEN BANTU MULA SISWA]
Kempen Bantu Mula Siswa anjuran Task Force Kebajikan Siswa dengan kerjasama Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang digerakkan khas untuk membantu bakal mahasiswa baharu.
Tinjauan ini bertujuan mengumpul maklumat pelajar baharu yang menghadapi kekangan ataupun permasalahan bagi proses pendaftaran, seterusnya akan dipanjangkan terus kepada pihak Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP) setiap IPT bagi tindakan bantuan sewajarnya.
Tempoh Tinjauan: 18 Ogos 2026 – 30 Ogos 2026
Kaedah:
1. Imbas Kod QR pada poster hebahan atau isi borang melalui pautan yang disediakan.
2. Isi maklumat dan butiran tawaran pengajian anda dengan lengkap serta tepat.
3. Task Force Kebajikan Siswa akan menyerahkan data terkumpul kepada pihak HEP universiti untuk tindakan susulan.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Exco Kebajikan & Kesihatan MPP UPM:
- Saudara Easwaran : +60 10-898 7304
- Saudari Amyra : +60 11-5812 4192
- Saudari Musfirah : +60 19-200 2319
Task Force Kebajikan Siswa
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 2025/2026












