FSG UiTM SA: post #7205 — TG.ME

RABU | 19 OGOS 2026

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM DiHatiku❤️
Salam FSG Padu💪🏻

[SAMBUTAN HARI KEMANUSIAAN SEDUNIA 2026]

Merujuk perkara di atas, Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Fakulti Sains Gunaan dengan penuh rasa prihatin ingin menyeru seluruh warga Fakulti Sains Gunaan untuk bersama-sama meraikan Hari Kemanusiaan Sedunia 2026.

Sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam serta menghargai pengorbanan sukarelawan kemanusiaan di seluruh dunia yang sentiasa mempertaruhkan nyawa demi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sehubungan itu, sokongan daripada semua mahasiswa amatlah dihargai demi membina masyarakat yang lebih berempati dan bersatu padu.

Sekian, terima kasih.

“Kepimpinan Holistik, Tonggak Revolusi”

EXCO HUBUNGAN MAHASISWA DAN KOMUNITI
Jabatan Perhubungan dan Pengantarabangsaan
Sekretariat Mahasiswa Fakulti
Fakulti Sains Gunaan
Sesi 2025/2026

#FSGPadu💪🏻
#FSGkuSayang💖
#FSGPulse🫀
#ScienZation🔬
August 19, 2026 184