AMARAN BAHAYA! BUMI AL-AQSA DALAM ANCAMAN TERBERAT SEMPENA MUSIM… — 1 Ummah — TG.ME

1 UmmahPhoto
AMARAN BAHAYA! BUMI AL-AQSA DALAM ANCAMAN TERBERAT SEMPENA MUSIM PERAYAAN YAHUDI!

Musim perayaan Yahudi yang bakal tiba dijangka menjadi saat paling kritikal dan perit buat Masjid al-Aqsa sepanjang tahun ini.

Sepanjang tahun 2026 sahaja, pelbagai provokasi melampau dah berlaku di sana. Masjid al-Aqsa pernah ditutup selama 40 hari, tempoh paling lama sejak pencerobohan 1967!

Malah, penjajah Israel makin berani mencuba buka pintu masjid untuk pencerobohan pendatang haram Yahudi pada hari Jumaat, membenarkan lembaran doa Yahudi dibawa masuk, serta memanjangkan waktu menceroboh sehingga 6 jam sehari.

Semua ini bukti nyata mereka sedang cuba padamkan identiti Islam di Masjid al-Aqsa secara berperingkat.

Allah SWT dah beri amaran keras dalam Surah al-Baqarah, ayat 114:

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk disebutkan nama Allah di dalamnya, dan berusaha untuk merosakkannya? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa takut. Bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Penjajah Israel ingat mereka boleh padamkan kesucian dan identiti Al-Aqsa daripada hati umat Islam.

Namun, makin mereka tekan, makin padu semangat umat untuk mempertahankan rumah Allah ini!
🤬15
September 9, 2026 560