Pemberontakan Al-Kurani: Konspirasi Jahat Mengembalikan Kekuasaan… — 1 Ummah — TG.ME

1 UmmahPhoto
Pemberontakan Al-Kurani: Konspirasi Jahat Mengembalikan Kekuasaan Syiah Batiniyyah Di Mesir Ditumpaskan Oleh Sultan Baybars!

​Sejarah mengukir catatan penting pada era pemerintahan Mamluk sekitar tahun 1260 M di Kaherah, apabila muncul seorang syeikh Sufi bernama Al-Kurani yang menetap di Jabal al-Muqattam.

Muka luaran yang bertopengkan sifat zuhud dan wara' ternyata hanyalah helah untuk menyembunyikan akidah Syiah Batiniyyah.

Dia bertindak mengumpul pengikut, terutamanya dalam kalangan keturunan tentera Dinasti Syiah Fatimiyah yang pernah ditumpas oleh pahlawan agung Sultan Salahuddin al-Ayyubi, dengan menjanjikan pangkat serta jawatan.

​Ketaksuban dan janji manis Al-Kurani berjaya mempengaruhi sebahagian pemuda serta pekerja dalam rombongan Sultan Mesir ketika itu, az-Zahir Baybars.

Berbekalkan pengpengaruh tersebut, Al-Kurani merancang konspirasi jahat untuk menggulingkan Daulah Mamluk Sunni di Mesir demi mendirikan semula daulah Syiah.

Mengikut perancangan, para pengikutnya keluar pada waktu malam yang ditetapkan bagi merampas gudang senjata dan kem tentera dengan bantuan orang dalam yang telah diracuni pemikirannya.

​Pada permulaannya, kumpulan pemberontak ini mula merusuh di jalan-jalan Kaherah sambil melaungkan slogan sektarian "Ya 'Ali".

Walau bagaimanapun, tindakan itu tidak bertahan lama apabila Sultan az-Zahir Baybars bertindak pantas dan tegas.

Beliau mengarahkan tentera Mamluk berakidah Sunni yang berdisiplin tinggi untuk keluar menumpas dan membasmi pergerakan konspirasi tersebut tanpa sebarang belas kasihan.

​Sejarawan ulung seperti Al-Maqrizi dan Ibnu Daqmaq merakamkan bahawa pasukan berkuda Mamluk menyergap, mengepung, dan mengikat para pemberontak tersebut.

Pada keesokan harinya, pimpinan dan pengikut pemberontakan Al-Kurani dijatuhi hukuman mati secara besar-besaran dan disalib di luar gerbang Bab Zuwaila.

Tindakan ketenteraan yang amat dahsyat ini berjaya memadamkan sisa-sisa ancaman Syiah Batiniyyah, sekaligus mengekalkan kedaulatan serta panji pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah di bumi Mesir.

(Channel Al-Tarikh)


Banyak lagi info di: https://t.me/AsriKhalid
Telegram
1 Ummah
1 Ummah
🫡12❤1✍1👎1
September 9, 2026 562 1